"Segala teguran bukan berniat ingin mencetuskan persengketaan, tapi memadai untuk sama-sama kita melakukan revolusi diri, bagi mencari erti hidup di bumi Allah yang indah ini"
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah
Dapat balik ke kampung sempena sepupu kawin.
Atuk dan opah semakin tua.
Sepupu pun dah kawin.
Saya ni pun akan tua gak satu hari nanti. Saya pun akan kawin kalo umur panjang. Tapi...
Tetibe atuk bersuara dengan pelat Ipoh dia..
"Eh, cucu atuk ni makin kering la."
Saya tau cucu yang atuk maksudkan tu adalah saya. Saya cuba nak respon balik, tapi saya konfius, apakah maksud 'kering' tu? Adakah kerana saya belum mandi pagi (pasal tak basah), atau pasal saya makin kurus, ataupun saya makin kecik?
Fuh, khilaf gak nak tafsir ayat atuk ni..Belum lagi penin dengan khilaf masalah2 dunia skang...
Tukar topik lain, iaitu pasal ujian. Memandangkan kali ni ada 3 perayaan serentak hujung tahun 2009 ni, iaitu Awal Muharram, Krismas dan New Year, saya nak sedarkan kita sikit pasal ujian. Adakah ujian yang kita hadapi sebelum tibanya awal muharram (atau sebelum krismas dan new year) dulu2, kita dah makin kuat dan dekat dengan Dia? Adakah kita dah makin kuat baru bagi menghadapi hari2 selepas Awal Muharram (atau Krismas dan New year) nanti? Paham ke ayat panjang2 ni? Buat2 ja la paham.
Cuma, kadangkala saya pun meraban gak apabila diuji dengan pelbagai ujian yang mengejut. Saya pun seorang manusia, tetap makan nasik, jadi ada gak perasaan apabila diuji. Ada orang kata saya ni kuat pasal saya relax je even banyak masalah, ada orang kata saya ni giler pasal suka2 tambah masalah, ada orang kata saya ni tak matang pasal tak reti handle masalah, ada orang kata saya ni emosi pasal senang tensen dengan masalah etc. Biarlah semua tafsiran tu, hanya retorik buat mereka yang menafikan bantuan PBB dan sumbangan WHO. Cuma yang penting, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa mendoakan saya dan membantu saya sama ada secara zahir ataupun batin. Moga kita semua sentiasa dijaga Allah dan dan sentiasa jaga anugerah dariNya ni.
Ujian itu normal. Tapi, ada manusia, apabila diuji, dia terus jauh dari Yang Esa, maka itu tak normal...
Awal Muharram dah berlalu...krismas bakal menanti...sambutan new year akan tiba...bilakah...
Ujian Hidup
Nasik dalam periuk ni sangat panas dan fresh. Kalau kita bubuh lauk ayam dengan kuah kicap, memang sedap dimakan, tambah2 lagi kalau ada milo ais sekali kat tepi. Kenapa saya citer pasal nasik? Apa kaitan dengan manusia? Ada kaitan ke dengan hidup?
Nasik baru dimasak ni putih, bersih, sedap dimakan.
Manusia yang baru lahir ni suci, bersih dan senang dibentuk.
Kita renung balik diri kita ni. Nak masuk tahun baru ni, umur kita dah makin tua, dosa pun makin banyak, pahala makin sikit. Paling penting, adakah kita ni 'seorang' nasi yang masih putih dan segar atau dah jadi nasik basi?
Kalau kita mati harini sebagai seorang nasik basi, adakah Dia terima kita? Adakah roh kita nanti dilempar atau diletakkan elok2 dalam kubur? Adakah alam kubur kita nanti dihimpit dengan kekerasan batu atau 'dihimpit' dengan kasih sayang Allah, seperti seorang ibu yang membelai anak kesayangan dia? Adakah kita dah standby nak jawab soalan bocor dalam kubur nanti? Adakah....
Ada 4 situasi
1- Seorang makcik lingkungan 70-an, dihalau keluar rumah oleh anak tiri, dan anak kandung lak taknak tanggung beban jaga mak yang dah tua
2- 'Seorang' kereta dicuri keempat-empat tayarnya yang parking 2 hari di masjid, mungkin dilakukan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kreatif
3- Seorang pakcik lingkungan 60-an dirompak secara ganas hingga hampir meragut nyawanya oleh seorang lelaki yang mungkin gak seorang penagih dadah
4- Seorang pemimpin menghabiskan duit rakyat (agaknya) untuk membelanjakan shoping-list isterinya kira-kira 10 ribu euro sekali trip ke over-sea, kata seorang pegawai polis (merangkap pakcik saya kerana beliau selalu meng'excort' pemimpin2 penting)
4 situasi common dalam masyarakat sekarang, yang akhirnya mangsa paling kesian ialah mereka yang lemah dan daif.
Situasi 1, hanya kerana anak-anak derhaka dan takde sense sayang seorang anak, seorang ibu tua terabai camtu je
Situasi 2, orang tu menyangkakan bahawa parking kereta di masjid adalah selamat kerana terdapat banyak malaikat yang jaga, malangnya dia silap kerana setan manusia lagi hebat bertindak.
Situasi 3, mat-pit punya pasal atau gejala pengangguran yang kian meningkat, menyebabkan ada mamat desperado mahukan wang hingga sanggup menggadaikan nyawa diri sendiri dan pakcik tu.
Situasi 4, hanya kerana ramai pemimpin skang bertuhankan wang dan status, maka sumber kewangan rakyat menjadi mangsa ke arah yang tak sepatutnya, menyebabkan makin ramai mereka yang miskin tertindas.
Mende ni banyak berlaku sebenarnya. Kalau kita sentiasa amek tahu, kita akan tahu bahawa kita ni tunggu masa je nak jadik mangsa mereka2 yang zalim tu. Bukan nak suruh kita ni sibuk tepi kain orang, tapi adakalanya mende2 camni akan bukak kita dengan dunia luar skang yang makin penin. Ada orang kata segala itu fitnah dan dusta, kerana mungkin dia taknak tahu atau dia tidak tahu atau dia sudah tahu tapi saja buat tak tahu. Ada gak orang yang tahu, tapi tak mampu nak watpe pasal takde kuasa. Lagi leceh, apabila kita sibuk amik tahu sangat, orang tuduh itu ingin mengaibkan manusia, sedangkan tindakan itu adalah untuk membaiki segala kepeningan yang berlaku.
Sama situasi, orang yang tak pernah amek tau pasal penindasan umat Islam kat Palestin dan negara Islam lain, mereka akan mengatakan takda maknanya boikot barang2 yahudi ni. Orang yang amek tau dan ada rasa kesian gak kat umat seakidah kita di sana, akan cuba bantu walaupun seringan-ringan bantuan. Orang yang dari kecil hidup bahagia dan senang-lenang, dia takkan rasa camna pilunya hati seorang anak apabila melihat live ibunya ditembak oleh puak zionis. Orang yang tak pernah rasa camni akan kata macam2 ayat yang membekap diri sendiri selagi mana mende2 tu tak jadik kat dia sendiri. Siapalah saya nak marah mereka2 yang membekap ni, pasal saya pun tak pernah hidup di Palestin.
Itulah masalah apabila kita lupa bahawa pentingnya kalimah syahadah yang kita ucap hari2 masa solat tu.
Seperti nasik, tak semestinya semua nasik tu adalah putih, ada gak yang kuning kalau dibiar terlalu lama. Ada nasik yang maintain ok, ada yang terlalu lembut pasal banyak air, ada yang terlalu keras pasal kurang air. Ada gak nasik yang nampak je sedap, tapi bila makan takde sedap pun pasal kualiti nasik tu gred C. Ada nasik yang nampak macam tak sedap, kaler kuning je tapi sebenarnya berkhasiat seperti nasik 'golden rice'.
Manusia ni macam nasik, tak semuanya sama. Yang kuat tu patutnya tolong yang lemah, bukan tolong lemahkan yang dah lemah. Yang hebat tu patutnya tolong yang daif, bukan hanya tunjuk hebat. Yang arif tu patut gunakan kearifan yang ada tu untuk kebaikan, bukan untuk diri sendiri semata-mata. Yang bagus tu tolonglah mereka yang kurang bagus, bukan suka2 tunjuk bagus. Yang pandai tu tolong mereka yang kurang pandai, bukan saja2 tunjuk pandai. Yang ada kuasa tu gunakan kuasa sebaiknya, bukan duk jadik macam Hitler.
Itulah indahnya Islam. Kalimah syahadah ni penting kalau kita cuba praktikkan khasiat kalimah ni.
Islam tak ajar kita jadik zalim sesama Muslim, Islam menegakkan keadilan semua orang, Islam tak menindas yang lemah, Islam tak membebankan mereka tak mampu, Islam tak menghukum tapi membentuk, Islam mengawal bukan mengongkong, Islam itu mudah tapi bukan boleh dipermudahkan, Islam bukan sekadar teori tapi memerlukan praktikal yang syumul, Islam bukan sekadar ada di i.c tapi perlu diperhalusi hari2 nikmat Islam tu.
Nak hidup bagus2 dunia dan akhirat, ikut je mana yang dah diajar, senang dan tak penin. Mende semua tu jadik penin bila ramai kita taknak ikut dan pentingkan diri je. Kalau ramai2 ikut mende yang betul, insyaallah semua hidup bahagia dan hepi2.
Cuma harus diingat, segala mende yang kita buat selama hidup ni akan dipertanggungjawabkan di sana nanti.
Setiap perkara akan dihisab pelan2 masa di neraca mizan. Segala perkara yang kita buat walau sekecil-kecil dan seremeh mungkin pun tetap akan didedahkan di padang mahsyar nanti. Walau kita dah cuba sembunyi di dunia ni, tapi di pentas pengadilan Allah di sana nanti tetap akan dibongkarkan habis-habisan di khalayak ramai. Setiap insan yang kita zalimi akan menuntut hak diorang di laman akhirat nanti.
Konklusinya, kita buat baik akan dibalas baik, kita buat jahanam akan kena balasan yang setimpal gak nanti. Cuma..
Just follow Allah rules, Nabi s.a.w. guides.
Jenis Manusia
Kadang2 bila hidup dengan banyak manusia, macam2 mende kita leh belajar dari diorang.
Sebagai contoh, orang2 sains cenderung menggunakan lojik akal. Banyak mende akan dipersoalkan dan akan dibuktikan melalui penjelasan saintifik. Kalau takde bukti, maka itu akan direjek 97%. Tu pasal la ada sesetengah orang sains ni taknak percaya wujudnya hari akhirat, azab kubur etc. Bukan taknak percaya, tapi ada yang susah nak nampak mende2 batin ni pasal takleh bukti melalui experimen makmal. Kerana takde bukti gak, dia terus nak rasa bebas dan taknak terikat dengan apa2 hingga membahayakan diri sendiri dunia dan akhirat. Kadang2 ada orang yang sains ni lebih mendekatkan dia kepada Allah, contohnya dia kaji cacing pita dalam otak manusia, dia dapati bahawa cacing tu takleh hidup kat otak, tapi mampu survive kat usus. Bila dia kaji banyak mende, dia akan dapati satu solusi bahawa ada certain mende ni takleh kontrol, pasal ada sesuatu yang lagi berkuasa mengawal semua mende tu. Kalau mat saleh, diorang akan kata semua tu adalah fitrah alam semata-mata. Tapi kalo orang Islam, ada yang nampak bahawa itu adalah tanda kebesaran Allah. Kepada mereka beragama Islam yang hebat sains, kembalilah kepada Allah, jadikan sains tu sebagai asbab untuk makin dekat kepada Dia, bukan makin jauhkan kita daripada status kehambaan. Harus diingat bahawa lojik akal manusia tetap terbatas kerana Allah adalah paling agung dan Maha Bijaksana.
Orang tahu agama lak, ada yang nampak terlalu sempoi, ada yang macam extreme, ada yang macam suci, gaya macam skema je. Ada orang agama ni macam extreme, maybe betul2 extreme ataupun nampak je macam extreme. Contohnya seperti solat, kalo extreme kat mende ni, orang nampak itu adalah melampau sangat, sedangkan ramai tak sedar bahawa kunci hidup adalah solat. Kalau hak Allah dan kuncinya solat pun taknak baiki selalu, apa pekdahnya kita beramal di muka bumi Allah ni? Kalau solat taknak jaga dan buat main2, tu pasal banyak mende lain pun hancur gak. Selain tu, ada gak orang agama ni macam terlalu sempoi, hinggakan menambah fitnah kepada gejala sosial yang melampau skang. Saya tak nafikan ada je orang2 terer agama pun buat mende pelik2, tapi kita ada pilihan sebenarnya nak menilai manusia dan hak Allah ni. Bila kita duk harap orang lain je sempurna, last2 kita sendiri tak sedar yang diri kita pun terlalu banyak silap dan salah. Harus diingat bahawa orang terer agama ni bukan seorang nabi, diorang gak takdala suci mana, pasal dia hanya seorang manusia yang tak maksum. Seterusnya, ada gak orang agama yang macam suci, hinggakan nampak salah orang lain je sedangkan diri sendiri pun bukan seorang wali Allah. Kadang2 ada jenis mereka ni terlalu hidup dalam kelompok sendiri, hinggakan ada orang yang nampak seperti Islam ni adalah assabiyah. Tapi, tak kisahlah sama ada dia extreme ke, sempoi ke, poyo ke, suci ke ape ke, itu adalah urusan dia dengan Allah, biarlah Allah yang menentukan. Yang penting, apa kita ni dah buat sebagai seorang yang beragama Islam?
Orang sastera dan seni pula lebih kepada falsafah. Tak salah kita nak berfalsafah, tapi kena berhati-hati dalam mengeluarkan falsafah. Kalau suka2 je berfalsafah hingga buat manusia kabur antara halal dan haram, bahaya gak. Harus diingat bahawa kita ni bukan Shakespeare yang leh taram je falsafah ikut nafsu hingga langgar syariat, tapi ada gak agama Islam yang membatasi segala tindakan dan falsafah kita. Kalau semua mende nak taram, takde roadblock atau takde signboard sebagai seorang Muslim, apa faedahnya kita peluk Islam selama ni?
Orang psikologi lak seperti pakar kaunseling, yeke? Saya tak kenal sangat orang camni, tapi rata-rata dari diorang pandai kawal emosi. Tapi cuma hati2 je la dengan fahaman2 Barat. Saya ada baca teori2 kaunseling ni, ada yang ok, ada yang bahaya. Kita kena pandai menilai, pandai menapis, jangan terima bulat2, hingga korbankan method psikologi yang Islam ajar.
Para guru, rasanya ramai kita dah kenal mereka ni camna. Kita sejak masuk Taska lagi dah mula kenal guru ni. Paling cikai pun, parent kita sendiri sepatutnya dah bertindak seperti seorang guru. Tapi ada gak parent yang tak reti jadik guru dan gagal mendidik anak-anak. Jadi, tak perlulah saya ulas lebih2 sifat seorang guru ni.
Last sekali, manusia yang genius. Golongan ni bahaya kalau kita salah guna. Ada genius yang bagus, ada genius yang memudaratkan. Ada orang kalo terlalu genius, hanya kerana taknak terima hak Allah, dia terus putarbelitkan mende2 yang dah betul bagi menunjukkan bahawa dia adalah pihak yang benar. Kalau taknak terima kebenaran tu takpe lagi, tapi lagi lecehnya dia sebarkan mende yang salah kat orang lain, dan dia hebat memanipulasi kuasa yang dia ada untuk meyakinkan orang lain bahaya dia adalah benar dan Al-Quran dan Sunnah adalah salah. Kalau takde golongan camni, camna leh wujud JIL dan ulamak2 yang bagi fatwa sesat di kebanyakan negara luar? Kalau takde golongan camni, camna leh wujud fahaman extremist kepada budaya hedonisme dan baratisme? Kalau takde golongan camni, camna orang Islam sendiri mengecam dan menghalang agenda Islamisasi dan dakwah?
Bukan saya nak suruh kita jadik penin mengamalkan Islam, tapi supaya kita berhati-hati agar tak jadik orang2 yang bahaya.
Ada orang ni taktau, tapi saja taknak carik, tu pun salah gak.
Ada orang ni taktau, tapi asyik kena tipu oleh mereka menapis kebenaran, yang ni kesian.
Ada orang ni tau, dan dia duk tapis kebenaran dengan macam2 putarbelit, maka golongan jenis ni paling bahaya.
Golongan manakah kita?
Nak selamat, takutlah Allah, kembali kepada basic yang Islam ajar. Ingat bahawa azab Dia itu adalah benar, segala janji Dia dalam Al-Quran adalah benar, dan segala ajaran idola kita Nabi s.a.w. adalah betul.
Kekuatan
Harus diingat bahawa kita semua ni lemah di sisiNya. Bila kita tau hakikat tu, insyaallah kita tak tergolong dalam mereka yang jadik punca kepada segala masalah kezaliman skang ni. Semua tu berpunca dari roh. Kalau roh lemah, takda kekuatan dengan Dia, tu pasal timbul macam2 masalah dunia skang.
Orang yang kuat jasad tapi lemah roh akan hanya kuat menipu, kuat memfitnah, kuat mencuri, kuat tidur, kuat makan, kuat membelasah etc. Kalau roh kuat, insyaallah dia tak buat mende2 yang pelik tu walaupun dia mampu nak buat.
Orang yang kuat fizikal takda gunanya kalo roh lemah. Orang yang lemah fizikal takde guna gak kalo roh je kuat. Orang yang untung ialah kuat fizikal dan roh. Orang paling rugi ialah lemah fizikal dan roh.
Tu pasal ramai manusia ni bila diuji dengan dunia, kejap je melalut, pasal jasad dia dah lupa bahawa semua tu adalah milik Yang Esa.
Kepada yang sedar roh tu lemah, cepat2 la kuatkan balik seperti tambah amal, kuatkan iman, dan sentiasa rasa kehambaan kat Allah etc.
Hidup ni memang mencabar. Kalau nak fikir susah, hampir semua mende leh jadik susah. Tapi, kita ada pilihan sebenarnya, nak susah dunia ke susah di akhirat? Susah masa hidup takpe lagi kalo senang di akhirat. Kalo senang dunia tapi akhirat susah, habisla dah takleh watpe. Jadik, pilihan di tangan kita, nak susahkan diri sendiri dengan mende2 yang leceh ataupun rela disusahkan untuk agama dan kebenaran?
Banyak mende mampu melemahkan roh kita dengan fenomena umat akhir zaman skang. Cuma, kat sini saya ringkaskan sikit mende agar kita dapat menten balik dengan syariat walaupun semakin lemah:
Kaum hawa : Jaga Allah, jaga aurat, jaga solat, jaga nafsu terutamanya tuturkata korang yang manis2
Kaum adam : Jaga Allah, jaga solat, jaga kepimpinan, jaga akal terutamanya ilmu korang yang mantap2
Mende lain ada gak kena jaga, tapi mende ni adalah teras. Kalau 4 elemen ni pun taknak jaga, taktaula mende lain mampu ke tak kita nak jaga selama hidup ni.
Kita ada pilihan sebenarnya sama ada nak kuatkan roh je ke? Atau kuatkan jasad je ke? Atau dedua sekali kita kuatkan pelan2?
Cuma, jangan kita menyesal time dateline umur kita nanti. Time tu dah takda guna menyesal. Time sihat dan lapang ni la patutnya digunakan bagus2 sebelum ditarik nikmat senang tu bebila masa.
Saya hanya hambaNya yang hina, tak perlulah saya menghukum manusia lebih2, pasal hanya Dia yang berhak atas dosa dan pahala manusia ni. Kita semua hambaNya, bebila je nyawa kita ni Dia boleh tarik, kepada Dia gak semua akan kembali.
Wassalam
Alternatif baru!!
Antara faedah:
1- Dapat pahala
2- Supot Islam
3- Tambah ilmu
4- Tambah ukhwah Islam
5- Tak perlu bayar apa2
6- Keperluan utama - iman dan amal
Jum ajak orang Muslim lain join arena ni k..syukran ^^
Ramadhan Special
My other link(s)
Selasa, 2009 Disember 22
Pentas Dunia
Selasa, 2009 Disember 15
Indahnya Hidup
"Segala teguran bukan berniat ingin mencetuskan persengketaan, tapi memadai untuk sama-sama kita melakukan revolusi diri, bagi mencari erti hidup di bumi Allah yang indah ini"
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah
Masih bernafas di pagi Khamis yang mendung ini. Hati berdebar menanti detik jam 12 pagi 25 Disember. Diri ini masih berkira-kira, apakah krismas tahun ini lebih meriah dan lebih ceria daripada sambutan2 lain?
Bagaimana dengan sambutan Awal Muharram?
Bukan mahu kita terlalu fokus kat sambutan Awal Muharram, cuma ingin membandingkan 2 perayaan yang berbeza situasi.
Paradigma manusia terlalu banyak kepeningan dan menggilakan. Betullah kata saidina Ali r.a. kalau tak silap saya, apabila semakin ramai manusia kita jumpa, semakin banyak racun kita dapati dalam manusia2 ni. Bukan beliau suruh kita agar tidak bersosial langsung, tapi supaya kita sentiasa berhati-hati apabila berhubung dengan ramai manusia. Tidak salah bersosial, namun atas kapasiti umat akhir zaman sekarang ni, kita kena sentiasa mencari penawar racun2 ni, supaya kita juga tidak diracuni oleh mereka yang sudah beracun. Siapa yang kena racun, kalau tidak dirawat sebelum ajal, maka rugilah hidup dia.
Kat friendster, kat facebook, kat tagged, kat twitter, kat blog, kat blablabla, segalanya sudah tidak terkawal, hinggakan ada yang menghalalkan yang haram, yang halal menjadi bahan ketawa dan retorik hidup semata-mata.
Bahana sosial mampu menghancurkan kalau kita tersilap langkah. Berhati-hatilah menafsir apa itu sosial mengikut syariat...
Free-thinker
Saya bukak satu web ni, (http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Islam), tak tau siapa author atau siapa contribute mende ni, cuma ni salah satu web yang hina Islam yang saya jumpa. Rasanya banyak je lagi web2 camni. Cuma, web ni dia bukan hina Islam je, tapi semua agama kena hina, semua mende dijadikan bahan ketawa. Kalau kita klik kat link Muhammad dan Allah pun ada page lain yang hina gak. Kalau kita baca page2 tu, agak2 apa kita nak buat kat mereka yang contribute mende camni? Thanx kepada insan yang bagi link ni.
Itulah bahayanya freethinker. Apabila akal melangkaui had seorang hamba Allah, apabila nafsu menguasai tafsiran agama, maka lahirlah pemirkir2 global yang bebas tanpa berteraskan Tuhan Yang Satu.
Allah kurniakan otak, Allah bagi akal, dan kerana itulah membezakan kita dengan makhluk lain. Malangnya apabila anugerah tu kita gunakan secara bebas tanpa kawalan.
Adakah mereka sudah gila hingga berani buat mende camni? Atau mereka ni tidak puas hati atas satu2 perkara hingga menyebabkan pemikiran mereka mahu bebas? Atau mereka memang ditakdirkan genius untuk mengolah mende camni secara lojik semata-mata?
Agak boleh dimaafkan sekiranya golongan freethinker ni terdiri daripada mereka yang kafir. Tapi, kalau golongan camni terdiri daripada kita yang beragama Islam, maka yang ni bahaya dan patut dipulihkan a.s.a.p. Rasanya ramai je orang camtu kat Malaysia ni (at least).
Kalau takde golongan camni, masakan ada je manusia melanggar hak Allah even dah tau? Kalau taktau hukum tu masih boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau dah tau tu lah yang buat situasi menjadi agak leceh. Lagi sedih, selamber badak je diorang melanggar hak Allah lepastu siap bangga lagi, seolah-olah diorang tak pernah mengaji soal halal haram. Kalau golongan yang ada sindom down ke buat camni takpe lagi, tapi malangnya mereka tu terdiri daripada yang pandai2, ada ijazah2, ada pangkat2, ada jawatan2 besar dan lain2.
Itulah bahayanya kalau fikir mende2 yang melampaui batasan akal, itulah bahayanya kalau sentiasa bersangka buruk dengan ketetapan Allah, itulah bahayanya kalau terlalu banyak mempersoalkan daripada mentaati.
Nak selamat, ikut je apa yang digariskan dalam Al-Quran dan sumber2 lain yang sahih. Kita ni manusia, bukanlah seorang robot. Manusia ni kena dijaga elok2 mengikut yang Allah suruh, bukan semua mende leh sesuka je nak bebas. Robot pun ada butang on-off, jadik kita ni takkan nak tunggu dah 'off' baru nak sedar diri? Time dah 'off' tu, tak guna pun sedar diri dah pasal tunggu malaikat soal je dalam kubur nanti. Soalan final year tu kita boleh buat toyol, tapi kalau soalan dalam kubur, mana leh buat toyol. So, pandai2 la kita survive dunia dan akhirat ni ok.
Tak perlulah kejar2 untuk menjadi insan yang perfect, tapi cukuplah kita tau status kita ni hambaNya. Bukan semua mende kita leh nak langgar2 suka hati. Kepada yang dah langgar tu, cepat2 la bertaubat dan carik sumber untuk buat revolusi diri.
Ilmu
Dalam Islam pun tak nafikan kita belajar bagus2. Tak semestinya pulun ilmu agama je, tapi ilmu2 yang mengembangkan agama pun kena gak. Malangnya ramai kita skang ni lari konsep sebenar. Ilmu agama ciput, lepastu ilmu dunia hentam sembrono, tokoh2 agama taknak percaya, lepastu jadikan idola mereka yang tokoh2 barat yang tak reti nak jaga solat (at least).
Lihat situasi bawah ni:
"Seorang cikgu Geografi telah mengajar selama 10 tahun di SMK YY, walaupun dia perform, tapi tak pernah naik pangkat. Akan tetapi, cikgu PJ yang cun dan hanya pandai bodek pengetua sekolah, baru 6 bulan kerja pun dah dapat naik pangkat."
"Student cemerlang dunia tapi kantoi agama menjadi pujaan ramai. Student cemerlang agama tetapi kantoi dunia dipandang sepi. Lagi sedih apabila student yang cemerlang agama dan akhirat sentiasa dipandang hina."
"Subsidi menaiktaraf suasana belajar di sekolah terpaksa dibekukan buat sementara waktu atas masalah kewangan, tetapi bajet untuk melancong ke Australia sentiasa menjadi kewajipan tahunan."
"Murid2 SMK XYZ diwajibkan bayar RM10 untuk majlis makan tahunan. Akan tetapi, makanan yang ada hanyalah secebis nasik dan dilimitkan seketul daging 'anak ayam'. Lebihan duit itu dijangka mampu menjadi cycle untuk menjana pendapatan sekolah, malangnya sudah 10 tahun sekolah tidak maju2."
Ada banyak je lagi situasi yang saya lihat secara 'live', tapi cukuplah saya bagi 4 situasi. Saya taknak tanggung dosa mengumpat banyak2. Cuma melalui 4 situasi ni kita dapati dimanakah kepentingan utama mereka yang kononnya menjadikan ilmu sebagai kewajipan? Maksudnya, ilmu dunia dan akhirat.
Saya pelajar sains ni rasa janggal lak nak komen pasal isu2 pendidikan ni. Lagi janggal kalo nak berbicara soal agama lebih2, pasal saya pun masih samar antara hak dan batil. Cuma, kadang2 rasa tak puas hati bila masih ramai manusia yang zalim ni. Even tak kena kat saya sendiri, tapi kadang2 jadi ralat kerana saya hanya insan lemah buat masa ni. Saya tak mampu nak buat apa2 melebihi batasan, melainkan bising2 camni je la. Orang yang tak pernah dizalimi, memang akan optimis je bahawa segalanya ni hanya dusta dan fitnah je. Tapi orang yang kena, hanya mereka tahu betapa peritnya menanggung kezaliman camni. Hanya orang yang kena batang hidung sendiri je tau mende2 ni adalah fenomena biasa dalam masyarakat skang.
Dimanakah indahnya ilmu yang Islam ajar? Adakah hanya pandai zahir tapi batin hancur? Adakah hanya berteori je, tapi praktikalnya penuh penipuan? Di manakah ketelusan dalam mencari ilmu?
Kesian kat guru2 yang baik kat Malaysia ni. Dahla murid2 lupakan diorang, lepastu tak mendapat hak sewajarnya oleh mereka yang kononnya bertanggungjawab. Kepada yang menzalimi, bertaubat before terlambat, buat tindakan selingan bagi membantu perkembangan ilmu. Kepada yang dizalimi, doa-doakanlah agar tak menjadi orang yang zalim gak.
Macam baru2 ni akan ada konsert Micheal Learns To Rock di universiti XYZ, apakah? Bukan saya nak kata (tulis) bahawa buat konsert tu haram, cuma agak pelik kalau buat konsert a.k.a hiburan melampau kat pusat ilmu. Ada macam2 alasan kononnya untuk kembangkan seni, untuk jana duit etc, terpulanglah apa kita nak kata. Cuma bagi saya, macam takde cara lain je nak carik duit, atau memang manusia skang prefer berhibur dari buat mende laen yang berfaedah? Memanglah seni tu tak salah, tapi entahla, alasan stereotaip untuk mereka yang berjiwa seni bagi memudaratkan situasi sosial.
Siapalah saya nak judge lebih2, pasal saya sendiri pun banyak taktau. Cuma, harapnya segala keputusan tu nanti tak mendapat kemurkaan Allah. Kalau Allah murka, pandai2 la kita tanggung nanti. Ingat, kita ni umat akhir zaman, memang ramai je manusia nak tambah kemurkaan Allah ni. Jangan kita pun sekali contribute kepada bala Allah dahla, nanti tak pepasal orang yang baik2 pun jadik mangsa azab Allah.
Hantu Duit
Baru-baru ni layan CSI:Las Vegas. Dah lama tak layan CSI sejak bizi dengan dunia lain. Input kali ni pasal risiko, mungkin gak pasal duit.
Ada sorang cewek, seorang pramugari. Boyfren dia baru merompak kot, jadi dia nak rampas kapalterbang cewek tu untuk lari ke kanada. Cewek tu pun pakat sekali pasal nak dapat duit sama2. Tapi, sampai satu masa tu, boyfren dia tukar plan. Laki tu bunuh marsyal flight dan nak tukar destinasi flight tu ke Kanada, sedangkan plan asal takde bunuh sapa2 dan flight direct ke New York je. Memandangkan cewek tu taknak melibatkan ratusan penumpang flight yang tak berdosa, maka cewek tu mula melawan boyfren dia. Lastly, cewek tu bunuh laki tu.
Bila dah kantoi dengan polis, cewek tu explen situasi sebenar kat detektif, segala dilema dan kenapa dia bunuh laki tu. Detektif tu tak kesian pun kat cewek tu. Detektif tu kata, cewek tu buat tindakan salah. Dan kerana kesilapan tu gak menyebabkan cewek tu pun jadik penjenayah dan kena tanggung balasan dunia lepasni.
Itulah dilema apabila melibatkan duit dan insan tersayang. Itulah risiko apabila berdepan antara 2 situasi genting, sama ada nak korbankan diri sendiri atau orang lain.
Banyak lagi sebenarnya isu yang timbul bila melibatkan duit, bukan dalam drama CSI ni je. Tu pasal la orang kata duit ni macam hantu. Bila melibatkan duit, habis ramai yang kabur antara benar dan salah. Bila libatkan duit habis segala mende yang lagi penting terus terkorban. Apabila duit jadik hantu, habis putus hubungan kekeluargaan, hancur silaturrahim, goyah ukhwah fillah.
Luaskan skop lagi. Itu hanya melibatkan duit dan insan tersayang. Bagaimana lak kalo melibatkan hak Allah?
Ramai dah dapat agak saya fokus kat sini balik kan. Normallah kalau nasihat agama, mende stereotaip je nak sentuh. Tapi, kalau tak pusing kat sini balik, kita nak sembah apa lagi selain Allah?
Taknak jelas panjang2, cuma kita perhalusi balik diri kita, apakah kita sudah sanggup tanggung risiko untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita sudah berani mendapat balasan dunia bagi menegakkan sunnah bagi mendapat ganjaran akhirat? Bersediakah kita menanggung risiko untuk kebenaran?
Tak ramai sebenarnya orang yang sanggup tanggung risiko untuk kebaikan ni, pasal itulah lumrah umat akhir zaman. Bila masuk akhir zaman, hal agama ni ibarat satu mende yang janggal dan pelik. Bila sebut hari kiamat, itu khusus untuk orang2 agama je. Bila sebut dosa pahala, hanya para wali je layak berhujah. Bila masuk halal haram, itu hanya fokus untuk para ulamak.
Cuma harus diingat bahawa setiap tindakan kita selama hidup ni ada risiko. Risiko tu adalah sama ada dapat kemurkaan Allah atau penghargaan Allah.
Kalau segala tindakan kita selama hidup ni hanya mengundang murka Allah dan sekadar menambah azab di alam kekal nanti, maka kita kena cepat2 la bertaubat.
Kalau segala tindakan kita selama hidup ni sentiasa dihargai Allah, cubalah istiqamah dengan mende2 tu. Kalau mampu cubalah tingkatkan, dan jangan sesekali rasa riak atau bongkak dengan mende2 baik ni.
Ajal maut entah bila, adakah selama kita bernafas dengan percuma di bumi Allah ni, kita dah amek risiko untuk ganjaran di sana nanti?
Teladan
Buku orientalis Barat pasal 100 manusia terulung, diorang masukkan ranking Nabi s.a.w. no.1. Ada orang Islam kagum mende ni kerana orang kafir pun mengakui kehebatan Nabi s.a.w. Tapi kalo kita kaji secara mendalam, kita tak sedar mesej halus golongan orientalis ni. Mereka masukkan Nabi s.a.w. dalam kategori mereka, sedangkan akidah Nabi s.a.w. memang berbeza dengan tokoh lain, Nabi s.a.w. maksum, etc. Bila diorang kategorikan Nabi s.a.w. tu dalam list diorang, maknanya:
Nabi s.a.w. pun tak sempurna dan ada kelemahan seperti tokoh lain?
Nabi s.a.w. pun boleh dipertikaikan la seperti tokoh2 lain?
Nabi s.a.w. pun boleh dipersendakan seperti tokoh2 lain?
Nabi s.a.w. ni hanya manusia biasa yang takda mukjizat2 dari Allah?
Tokoh2 lain pun mampu menyaingi kehebatan Nabi s.a.w.?
Tahniah kepada golongan orientalis dan yahudi kerana mereka berjaya meresap pemikiran Muslim sekarang secara pelan2 dan halus. Ramai tak sedar mende ni, tu pasal kita tak sedar betapa hebatnya tokoh agung sepanjang zaman ni. Tu pasal kita susah nak rasa kagum dan bangga bahawa kita ada seorang Nabi s.a.w. yang begitu mulia. Tu pasal kita tak rasa pun baginda s.a.w. adalah segenius-genius insan di muka bumi ni.
Sempena Awal Muharram ni, mari kita singkap kejap perwatakan baginda s.a.w. yang makin kita lupa saban hari ni.
Ibadah
Rasulullah s.a.w. menjadikan setiap keadaan dan tindakannya sebagai ibadah. Adakah kita sentiasa jadikan tindakan kita tu ibadah? Adakah kita stadi, kerja, pandang bintang, isi minyak shell dll tu sebagai ibadat?
Tawahuk
"Sesiapa yang bersifat tawadhuk kerana Allah, maka Dia akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Ahmad)
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." (Al-Furqan : 63)
Baginda s.a.w. biasa menampal seliparnya sendiri dan menjahit pakaiannya sendiri. Baginda biasa duduk di atas tanah semasa makan. Kita ni camne? Memang orang2 miskin dah biasa buat mende ni, tapi orang2 kaya camna lak? Pemimpin2 yang ada mercedes etc, adakah sentiasa tawadhuk di bumi Allah ni?
Pemurah
Rasulullah s.a.w. membelanjakan harta tepat pada masa dan tempatnya, bukan membazir seperti ramai dari kita sekarang. Ada orang membelanja orang kaya makan, sedangkan orang miskin dibiar kelaparan.
Kadangkala kita rasa pemurah, walaupun baru derma 10 sen, kita dah bangga dan takbur. Kadang2 kita rasa yang kita dah pemurah, malangnya kita boros, maka kita kena perhalusi balik.
Sabar
Baginda s.a.w. adalah fakir namun tetap kaya, namun sentiasa bersyukur. Semasa baginda fakir, baginda bersabar hingga mengikatkan batu pada perutnya bagi mengalas rasa lapar. Semada kaya, baginda bersedekah hingga mencecah ratusan ekor.
Sabar adalah wajib menurut sesetengah ulama, manakala redha adalah disunatkan.
Tabah
Ada 2 jenis manusia:
1- Cepat naik angin dan panas baran. Perkara remeh pun kadang2 terus jadi konflik
2- Orang yang tak reti marah. Kemungkaran berlaku depan mata, tapi langsung tak rasa nak marah walau dalam hati.
2 golongan ni tak sesuai dengan tempatnya. Baginda s.a.w. adalah seorang yang tabah sesuai dengan waktu dan tempatnya. Ada orang tabah menegakkan kemungkaran, ada orang tabah menegakkan kebenaran, ikut persepsi masing2.
Berani
Ali r.a. pernah berkata: "Jika peperangan telah pun berkecamuk, maka kami menghampiri Rasulullah s.a.w. agar terselamat daripada serangan musuh."
Dari ayat saidina Ali tu dapat kita lihat betapa beraninya baginda s.a.w. Walaupun baginda adalah seorang nabi Allah yang sepatutnya dilindungi, tetapi para sahabat pun tetap berlindung dengan baginda.
Kita yang tak pernah rasa betapa berdebarnya saat perang, kita nampak macam para sahabat ini pengecut dan berlindung pada Nabi s.a.w. Tapi kita lupa bahawa para sahabat pun tetap berani, sebagai contoh pada perang badar kot (betulkan kalau salah), time tu tentera Islam kena 'ambush', ramai para sahabat menjadi benteng Nabi hingga ada yang syahid. Cuba kita selami camna rasanya saspen time perang2 ni. Adakah kita dah berani nak jadi benteng baginda s.a.w. di kala genting camtu?
Zuhud
Cara Rasulullah s.a.w. adalah dengan berpaling dari urusan dunia yang fana dan berusaha keras mempersiapkan bekalan menuju alam akhirat yang abadi. Zuhud bukan bererti meninggalkan terus segala yang ada di dunia, tetapi manfaatkan segala yang ada di dunia ni untuk bekalan akhirat. Rasulullah sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak memaksa diri mencari yang tiada, sama ada makanan atau pakaian.
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Al-Ahzab : 21)
*Segala isi ni dicedok dari buku "Al-Quran Berjalan : Rahmat Bagi Sekalian Alam" karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, [bab 16 : Ciri-ciri keperibadian Rasulullah].
Sempena nak masuk tahun baru Islam ni, renung balik diri kita yang tahun lepas. Apakah kita semakin jauh dari syariat atau semakin dekat? Adakah kita semakin mengikut sunnah atau semakin punah? Apakah kita semakin...?
Sembahlah Allah s.w.t. dengan sebenar-benar sembah
Cintailah Baginda s.a.w. dengan setulus-tulus kasih
Berubahlah sebelum terlambat. Akhir bicara, Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua Muslim seantero dunia. =)
Wassalam
Sabtu, 2009 Disember 12
Kegelapan
"Segala teguran bukan berniat ingin mencetuskan persengketaan, tapi memadai untuk sama-sama kita melakukan revolusi diri, bagi mencari erti hidup di bumi Allah yang indah ini"
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah
Maha Suci Allah...Allah Maha Besar...Siapa sangka, siapa duga, tanpa semena-mena, blackout paling lama pernah saya alami di penang ni. Hanya kerana blackout, habis kalut satu 'kampung'. 3 stesen minyak stret tutup walhal meter minyak kereta time tu dah tanda kronik, kedai2 makan hampir semuanya penuh dengan 'candle dinner' ala-ala romantik, ada kedai yang tutup awal pasal takda orang datang makan gelap2, mat2 rempit seronok berpesta menanti detik2 krismas.
Hampir segalanya diselebungi kegelapan, hanya ditemani bulan sabit, bintang2 dan lampu kenderaan malam hari.
Petang tu, sempat ziarah kedai ikan jap untuk beli topup.
"Dah berapa lama blackout ni?" Saya tanya tauke kedai ikan. Satu soalan yang saya dah tau jawapan, cuma tanya sebagai precursor perbualan
"Adalah dalam sejam start" Dia balas sambil rushing cek ikan kelisa
"Mau tanya, ada ikan ni tetibe 'paralysed', lepastu dia mati pasal takleh gerak dan makan. Apsal jadik camtu?"
"Ho, ikan spesis kecik2 ni memang camtu la, kalau diorang dah tua, macam2 sebab leh jadik punca mati." Dia lari lak belek ikan gapi
"Okey2, last soalan, kalau blackout camni, biasanya berapa kali kena tukar air? Berapa jam sekali 'salin' air?"
"Ikut jenis ikan la. Kalau ikan kecil2, antara 1-2 jam. Tapi, ikan besar la susah sket mau jaga oo kalau jadik camni. Mau bayar ka?" Dia lari ke kaunter sambil kira2 shoping list saya
*****
Kira-kira jam 2 pagi, tetibe lampu berkelip2, dan kekal begitu hingga subuh, tanda blackout dah berakhir. Maknanya tauke ikan tu dah boleh tido dengan tenang sekarang.
Kiamat
Hanya gara-gara blackout dari jam 5 petang sampai jam 2 pagi, rasanya mesti banyak mende tergendala seantero bandar urban ni. Kalau fikir balik, 9 jam masa blackout ni takdalah lama sangat. Biasanya 9 jam ni, main game je pun dah habis dekat 4 jam, kalau mengumpat je habis sejam, layan tv habis 2 jam, SMS cewek habis 2 jam, cukup 9 jam.
Kalau hari2 biasa tu kita selamber je membazir 'karan' (letrik) hampir 24 jam sehari. Baru karan takda 9 jam dalam setahun (kot), dah semua mende jadik kalut seolah-olah kiamat sudah tiba.
Itulah kuasa Allah. Baru Allah tarik nikmat 'karan' kejap je, hampir satu kampung ni kalut. Kalau Allah tarik nikmat karan ni selamanya, mampukah kita survive hidup macam tarzan? Kalau Allah tarik nikmat2 lain, mampukah kita jadi hambaNya yang bertaqwa?
"Hari yang menggemparkan, Apa dia hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah” Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar." (Al-Qaariah : 1-11)
Ketepikan soal karan ni, kita fokus lak soal kiamat. Dalam Al-Quran banyak sentuh hari kiamat, bukan surah Al-Qaariah ni je. Hari kiamat ni ada banyak nama yang lebih menjelaskan hari tu, seperti hari penggeledahan, hari pembongkaran dosa, hari keamanan, hari kegemparan, hari bersejarah, hari pertemuan, hari sesalan etc. Memandangkan sekarang femes dengan filem 2012, macam2 propaganda muncul, pelbagai ramalan dan kajian muncul pasal kiamat, sampaikan ada yang takutkan kiamat muncul tahun 2012.
Ekceli, untuk apa kita gusar kalau kiamat tu tahun 2012? Kita nak kumpul wasiat banyak2? Ataupun belum puas bina shoping komplex besar2? Ataupun belum cukup 1000 orang mangsa fitnah dan umpat kita? Cuba tanya ustaz2 balik, betul ke tahun kiamat ni boleh ramal? Rasanya, kita takkan tau kiamat ni muncul, unless tanda-tanda kecil dan besar je yang kita boleh tau. Sekarang ni tanda2 kecil kiamat dah ada, petanda-petanda umat akhir zaman pun dah banyak berlaku dalam masyarakat skang, cuma tinggal tanda besar je lagi untuk lengkapkan syarat2 berlakunya kiamat.
Itu kiamat besar, tak perlulah kita kecoh lebih2. Sekarang ni, kita renung kat kiamat kecil, iaitu mati.
Mati ni kiamat kecil, pasal once kita mati, means segalanya dah stop, hanya menanti dalam kubur je, saspen menunggu kiamat besar.
Bila blackout, semuanya dalam kegelapan, ibarat gelapnya alam kubur kita nanti. Kalau hidup kita penuh pahala, insyaallah terang dan luas. Kalau dosa bertimbun, gelap dan sempit la alam barzakh kita nanti.
Kegelapan malam tu menyedarkan saya bahawa pentingnya ingat mati selalu. Bukan nak suruh kita jadik serial killer, tapi supaya kita hitung diri ni, apakah dah standby untuk 'blackout' selamanya nanti?
Dalam kubur nanti kita sorang2 kegelapan, ada yang kena seksa, ada yang kena belai, bergantung dengan apa yang kita buat dalam dunia ni.
Lagi jahat kita buat, lagi teruk ular belit, lagi sakit kala jengking sengat, semakin sempit ruang kubur, hingga bertemu dua rusuk.
Bukan saya suruh kita suka2 nak blackout, tetibe cabut wayar TNB kat kampung. Tapi nak kita renung diri selalu. Kalau boleh, setiap kali sebelum kita tido tu, cubalah renung diri balik. Time tidur kan biasanya kita bergelap, jadik time kita baring tu, sebelum 'blackout' sementara, cuba kita bayangkan, kalau time tu kita di dalam liang lahad, apakah kita dah bersedia untuk 'blackout' selamanya esok?
Ingat mati, hitung amal, muhasabah diri selalu, insyaallah kita mampu perbaiki diri yang hina dan daif ni.
Disiplin
Time ada karan balik jam 2 pagi tu, tetibe saya terfikir kat tauke ikan tu. Bukan pasal saya nak dia bagi angpau krismas nanti. Tapi saya kesian dia sampai jam 2 pagi baru tido (agaknye). Kiranya daripada jam 5 petang blackout tu start, sampailah jam 2 pagi baru dia dapat rehat. Once takda karan camni, keselamatan ikan2 adalah kritikal. Bekalan oksigen untuk ikan adalah manual, dan dia kena 'salin' semua air2 dalam hampir 30 akuarium kat kedai tu secepat mungkin. Kalau lambat atau lalai, ikan2 mati.
Macam saya ni yang bela ikan kecik pun merasa perit nak 'salin' air selalu. Walaupun jarak masa antara 1-2 jam, ada gak masa nak rehat, tapi leceh gak hampir 9 jam 'bertarung' camtu. Kalau ikan besar seperti kelisa, kurang sejam jarak masa 'salin' air. Jadik, kalau tauke ikan tu tak ganti cepat2, 6 ekor ikan kelisa yang berharga dalam RM60 sekor tu konfem mati lemas. Bukan ikan kelisa yang besar2 je dia bela, ada je ikan lain yang pelik2 dalam kedai tu yang besar2. Lagi sadis, dalam kedai tu bukan ikan je dia kena jaga. Dia ada gak bela ayam, burung, itik, angsa, kucing, hamster etc. Dia dengan 2 orang pembantu je kena 'bertarung' camtu selama 9 jam. Mampukah mereka?
Itulah risiko bisnes. Kena standby hadapi mende2 tak jangka camni.
Tapi, saya rasa, bukan bisnes je berisiko. Hidup ni pun banyak je risiko. Selama hidup ni, banyak mende kita kena berjuang.
Kalau kita takut nak hadapi risiko, tak perlulah kita nak bising lebih2 pasal perjuangan.
Ketepikan isu risiko, pasal ramai dah faham mende ni. Cuma sekarang kita renung kegigihan tauke tu sebagai seorang manusia.
Dia manusia, tapi dia tetap berdisiplin, dia tetap tabah hadapi mende2 yang tak dijangka camtu.
Kita ni manusia, ada bonus status Islam lagi, tapi adakah kita dah mampu celen disiplin tauke tu? Adakah kita dah mampu tabah macam tauke tu?
Tauke tu tak baca Al-Quran, dia tak solat fardhu 5 waktu, dia takda rujukan baginda s.a.w. untuk meneruskan hidup.
Kita yang Islam ni, ada Al-Quran yang dah lengkap segalanya sebagai panduan manual untuk manusia. Kita ada solat fardhu yang mampu mendidik diri kita untuk kuat hadapi hidup. Kita dah ada idola baginda s.a.w. sebagai ikutan sepanjang hayat. Tapi kita sedar ke mende ni?
Sebenarnya Islam dah bagi banyak jawapan untuk selesaikan masalah dalaman kita dan orang lain, cuma kita je masih berkira nak buat atau tak.
Hidup & Ujian
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad : 36)
Hidayah Allah ni bukan senang nak dapat. Bila dah dapat tu, nak jaga pun punya payah, macam2 konflik berlaku.
Ada orang dia mengaku dah dapat hidayah, tapi masih enjoy buat dosa. Ada orang tak merasakan dia dah dapat hidayah, tapi sebenarnya dia dalam proses dapat hidayah. Ada orang dah dapat hidayah dan dia sedar mende tu. Ada orang sedar yang dia belum dapat hidayah tapi dia semakin jauh dari hidayah Allah.
Semua tu terpulang dalam diri masing2. Hanya kita je yang tau mende2 distinct ni. Hanya kita sendiri mengerti sekukuh manakah kita pegang hidayah ni, semurni mana kita jaga hidayah tu.
Kalau tak silap saya la, merujuk buku saya penah baca dulu2, hidayah Allah ni ada 2 jenis (betulkan kalau salah, saya lupa dah buku mana satu).
1- Hidayah yang untuk dunia - hidayah jenis ni membantu dia kembangkan sumber dunia dia. Contohnya orang tu dapat ilham untuk kembangkan bisnes, kembangkan ilmu sains etc. Hidayah ni tak salah, dan berguna untuk orang tu jadikan dunia sebagai bekalan akhirat selagi dia tak lupa diri.
2- Hidayah yang untuk akhirat - hidayah jenis ni, orang tu kurang cenderung kepada dunia, tapi cukupla apa yang ada dalam dunia ni tidak buat dia lalai mengingati Allah. Orang jenis ni saya tak pasti sangat camna, pasal orang2 camni macam jarang je nak jumpa akhir zaman ni. Cuma yang saya tau, kebanyakan mereka ni adalah para wali Allah, para pejuang2 Islam yang syahid etc.
Cuma apa saya nak katakan, tak kisahla apa jenis hidayah kita ada, pastikan kita pegang dan sentiasa kembangkan hidayah tu hingga akhir hayat. Maksud kembangkan ni tidak semestinya menyampaikan kepada orang lain je, tapi juga perlu kukuhkan hidayah yang kita dah dapat tu, supaya semakin berkembang dan makin mantap untuk hari mendatang.
Dunia ni macam2 pancaroba, tapi jangan sia-siakan nikmat Allah bagi tu. Sedangkan nikmat Islam yang Allah bagi kat kita ni pun dah ramai orang tak sedar, jangan ada pula dari kita ni yang tak menghargai nikmat hidayah Allah bagi tu lak.
Bersyukurlah dengan segala ujian yang Allah beri. Selagi mana ujian itu tak menjejaskan status kita sebagai hambaNya, malah makin kukuh hubungan kita padaNya, insyaallah kita sudah matang dalam hadapi ujian dunia.
Apa yang saya cerita ni takkan berhasil kalau hanya melibatkan hubungan satu hala je. Semuanya bermula dari kita sendiri gak nak buat revolusi diri tu. Saya sekadar bagi mende2 yang maybe bukak minda kita untuk buat satu revolusi. Segala yang berlaku lepasni adalah keputusan kita gak, dan kita sendiri yang menentukan takdir terakhir kita nanti. Tetapi, ingatlah...
"Life is a battlefield, full of test to select the survivor for eternal life. There's a lot of untold story along this unexplained journey, some unexpected situation and unsolved mystery, confusing between unjudgeable phenomena and complexed by unquestionable truth, drained by dilemma of extraordinary thoughts. Guided by our brilliant minds from The Almighty, we could create this miracle life into the straight path even we're imperfect human as our beloved Rasulullah s.a.w."
Wassalam
Khamis, 2009 Disember 10
Selembar Fitrah
"Segala teguran bukan berniat ingin mencetuskan persengketaan, tapi memadai untuk sama-sama kita melakukan revolusi diri, bagi mencari erti hidup di bumi Allah yang indah ini" -QZ sixiangjia aka KZT
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah
Tetibe merasai keseronokan extravaganza minggu ni. Bukan kerana Ronaldo skor gol freekick minit ke-4, ataupun gol cantik Messi untuk kemenangan barca, tapi pasal puas balik taiping walaupun hanya 1 hari setengah. Walaupun kejap, itu sudah cukup untuk melepaskan kerinduan setelah hampir 4 bulan terpisah. Terlalu banyak perubahan drastik di hometown tercinta ni.
Bukan taiping je yang dirindui, tapi hometown2 lain seperti jasin (melaka), bahau (negeri sembilan), tawau (sabah), dan catalunia (spain), tetap dalam planning nak jenguk sebelum maut menanti.
Time diner kat kedai makan baru tepi bomba, tetibe mak bersuara:
"Minggu lepas mak terjumpa jiran kita dulu, Sarafina, dengan famili dia kat kedai ini la. Diorang duk kat situ (sambil tunjuk lokasi). Mak tanya dia, ingat ****** lagi tak. Rupanya dia masih ingat lagi kamu. Sekarang ni dia jadik cikgu fizik. Mak ada nombor tepon dia, kamu nak tak?"
"Pergh" Nyaris tercekik tulang ayam. Bukan pasal kaget dengan 'promosi' mak, tapi terkejut pasal ada waiter kat situ, seorang gadis bertudung labuh.
"Rupanya taiping ni masih ada gadis2 yang pandai jaga pakaian. Walaupun golongan minoriti, tapi tu satu perkembangan +ve untuk syiar Islam di bandar cyber ni. Dan harapnya dalaman mereka pun terjaga, bukan luaran semata-mata" Bisik hati saya kebluran.
Bukan saya ni lebih berminat kat gadis bertudung labuh, pasal saya tau diri ini tak layak untuk gadis sebegitu. Cuma, naluri seorang lelaki 'liar' macam saya ni akan terkawal sekiranya ramai wanita sentiasa berpakaian begitu di Malaysia ni. Paling koman pun, di bandar Taiping ni la, insyaallah.
Tips Mendidik Anak
Walaupun saya ni belum ada anak, tapi saya bagi gak la sikit tips untuk mereka yang bakal bergelar ibubapa. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebung. Fitrah anak itu suci dan bersih, maka ibubapa hendaklah main peranan membentuk mereka dari kecil sebelum terlambat.
Berdasarkan nasihat Luqman kepada anaknya, diterangkan dalam surah Al-Luqman : 13-19, prioriti pendidikan Luqman terhadap anaknya adalah:
1-Ilmu tauhid
13 : "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
2-Kedudukan ibubapa dan kewajipan berbuat baik kepada mereka
14 : "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
15 : "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."
3-Ilmu fiqh (diisyaratkan dengan menyuruh berbuat solat)
16 : "(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."
17 - "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan ........."
4-Melakukan amal ma’ruf dan nahi mungkar
17 - ".........suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
5-Ilmu akhlak
18 - "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
19 - "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
Memang susah nak ikut lima flow ni. Tapi harus diingat, Syurga Allah ni bukan free, kena berkorban segala aspek kalo kita mampu. Kalau percuma, tak perlulah kita berusaha untuk meraih mende2 yang tak nampak ni. Usaha tu penting, pasal ganjaran di sana tu nanti adalah selamanya. Kalau kat dunia pun dah gagal didik anak2, camna kita...
Tapi, bukan dalam surah ni je tips nak didik orang. Banyak je surah lain yang mengajar manusia, seperti surah Al-Fatihah ibu segala surah, An-Nisa, Al-Isra, An-Nur, Muhammad, As-Saff, At-Tahrim, Al-Mulk, Al-Ma'arij, Al-Asr, etc. Dalam Al-Quran ni banyak je mende yang diceritakan, cubalah kita slow2 gali setiap surah dalam Al-Quran tu ok. Saya pun banyak lagi taktau misteri surah2 Al-Quran ni.
Umat akhir zaman ni terbahagi kepada golongan minoriti dan majoriti, kita golongan mana satu?
Couple
Zaman saya sekolah rendah dulu, rasanya nak ada awek2 dan kapel2 ni memang janggal la, pasal zaman dulu kononnya masih ramai yang naif. Tapi, zaman sekarang, budak sekolah rendah pun dah pandai 'flirt' sana-sini, situasi yang sepatutnya diambil berat oleh para pemimpin dah ahli politik akan datang.
Ada yang penin antara kapel, kapel Islamik, dan tak kapel. Ada beza ke mende2 alah ni? Habis, laki dan pompuan langsung takleh berhubung la?
Itulah kita kena belajar balik antara konsep ukhwah dan bahana ikhtilat. Lagi cantik kalo kita fokus kat zina, khususnya zina hati. Ramai tak faham konsep ni, atau ada yang dah faham tapi saja layan gak, dan ada gak yang taknak faham langsung walau dah gitau berkali-kali.
Memang kadang2 ada orang guna konsep ukhwah untuk mesej antara muslimin + muslimat. Ukhwah tu tak salah, tapi kalo terlebih 'kuah', tu yang jadik leceh. Ada orang mendakwa mereka tak terjebak dengan mende2 ni, tapi kalo duk layan SMS je sampai keje lain tak jalan, tu pun leceh. Ada orang mendakwa mereka berhubung kerana urusan penting (e.g study group@urusan keje@tanggungjawab jawatan), tapi kalau hanya mereka berdua je selalu terlibat dan ibarat takda orang lain yang lagi halal+selamat, maka itu pun kena kaji balik.
Ikhtilat ni saya tak reti nak explen lebey2, pasal satg orang salah faham lak. Orang yang terlibat dan faham situasi macam ni, insyaallah dia mengerti konflik antara praktikal pasal ikhtilat ni. Cuba search kat google, ada je mende2 ni. Saya dah bagi kata kunci, tinggal kita je sama ada nak mencari ataupun tak.
Kita dah ada teori, cuma praktikal itu ada dalam diri masing2.
Cuma, secara simplenya, kapel ni hanya halal selepas kawin ja. Dah bertunang pun masih terbatas, pasal time tu hanya proses nak lebih mengenal pasangan sikit2 before kawin. Kalau nak kenal betul2, lepas kawin je. Itulah pentingnya merisik dan bertunang ni, sebagai salah satu usaha kita untuk menjamin kebahagian suami isteri hingga akhir hayat.
Tapi tak semestinya proses ni mampu menjamin kebahagiaan sampai cucu cicit, tapi sekurang-kurangnya kita dah buat mende yang betul dan tak melanggar hukum yang dah jelas dinyatakan ikut syarak. Kalau 2 proses awal ni pun dah leceh, penuh tipu daya dan hipokrasi, segala mende halal haram bercampur, takda berkat, tu pasal kadang2 ada yang dah kawin pun tak bahagia. Nak sempoi, tak perlulah terdesak sangat mencari pasangan ideal yang memenuhi citarasa kita. Ingat je janji Allah iaitu lelaki baik untuk wanita baik dan sebaliknya - mudah, ringkas dan tepat.
Akhir sekali, cubalah redha dengan ketetapan Allah. Kalau ada jodoh, kita lari ke Somalia pun akan ditemukan juga nanti. Nak redha tu bukan senang, tu pasal la ramai bercerai-berai walaupun dah ada cucu. Lepas bercerai, siap tuntut saman malu etc lagi. Tapi, nak selamat, kahwinilah mereka itu kerana agama, kerana...
Guess it..
Sang Kerengga
Kerengga adalah sejenis semut besar, berkaler oren, dan biasanya buat sarang di pokok rambutan, pokok mangga, ataupun pokok nenas? Entahla, saya tak arif sangat pasal morfologi dan tabi'i kerengga, tapi saya faham sikit2 peel kerengga ni.
Kerengga ada queen. Queen ni besar sket dari kerengga. Kalo kena gigit, taktau la camna sakitnya. Saya belum pernah kena gigit dengan queen ni, pasal biasanya dia dah mati kena ridsect sebelum dia sempat terbang dan gigit saya.
Queen ni bertelur, dan dalam sarang ada telur2 queen. Kerengga2 ni biasanya akan melindungi telur2 ni walaupun terpaksa mati kena penyek atau spray. Walaupun dah kena pijak, kena tenyeh, kena spray, diorang tetap gigit telur2 tu sehingga putus nyawa.
Kalau kerengga rasa sarang mereka terancam, mereka akan buat terjunan maut untuk menyerang pemangsa. Tak kisahla pemangsa itu orang putih ke, orang negro ke, orang greece ke, tapi mereka tetap menyerang bermati-matian untuk melindungi sarang dan telur sang queen.
Itulah semangat juang kerengga, sanggup mati untuk menyelamatkan telur dan sarang mereka dari diceroboh. Walaupun nampak leceh bagi mereka yang nak petik rambutan atau nak kait buah mangga, tapi itulah fitrah sang kerengga, makhluk ciptaan Allah.
Kerengga sanggup mati nak selamatkan telur
Kerengga sanggup terjun maut untuk maruah sang queen
Adakah kita macamtu?
Adakah kita sanggup mati untuk....
Mende yang stereotaip, rasanya ramai dah faham mende2 ni.
Cuma nak sedarkan diri kita ni balik. Kita pandang remeh kat kerengga2 tu, sedangkan tindakan berani diorang tu betul dan begitu mulia. Diorang melindungi queen, telur, dan sarang diorang, bukan suka2 diorang nak mati katak camtu je. Kita yang manusia berakal ni, layakkah kita nak hina kerengga ni sedangkan kita ni sentiasa berkira nak melindungi hak Allah, maruah Islam, akidah diri dan umat?
Kerengga ni ada otak tapi takda akal, jadi diorang hanya buat menurut fitrah diorang, a.k.a. fitrah kerengga. Manusia ni ada otak dan akal, tapi selalu je langgar fitrah yang Allah suruh. Kadang2, golongan intelek dan cendekiawan pun aktif langgar fitrah, seolah-olah ajaran Islam takde ajar 'signboard2' untuk ikut fitrah, ibarat Al-Quran takda guideline untuk panduan hidup kita.
Konklusinya, kembalilah kepada Allah. Fitrah kita ni hambaNya, jadi kita kena selalu takut kat Dia. Sebagai seorang hamba yang bergelar manusia, atas kapasiti manusia itulah menjadikan kita semua ni ada kelemahan, takda yang maksum. Tapi, kita kena cuba gak yang terbaik untuk ikut suruhan Dia, kurangkan berbelit dengan mende simple. Kalau kita dah ikut apa yang dah lurus, insyaallah selamat dunia akhirat, kerana itulah bezanya orang Islam dengan bukan Islam.
Wassalam
Sabtu, 2009 Disember 05
Secebis Kasih
"Segala teguran bukan berniat ingin mencetuskan persengketaan, tapi memadai untuk sama-sama kita melakukan revolusi diri, bagi mencari erti hidup di bumi Allah yang indah ini" -QZ sixiangjia aka KZT
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah
Dapat gak pergi kuliah Maghrib, setelah hampir beberapa minggu tak diceramah atau ditazkirah. Seperti biasa, bilangan cicak di siling lebih banyak daripada hadirin kuliah. Mungkin masih ramai belum balik keje, atau ada meeting malam2, atau sibuk mengemas rumah sempena krismas nanti, wallahu'alam. Saya hanya optimis je la, pasal saya pun takda baik manapun, pasal saya pun 'skip' kuliah setelah dengar hanya 10 minit.
Dalam perjalanan, terpandang gadis2 asrama pulang surau, satu godaan yang dah hampir tepu, pasal hampir hari2 kena lalui mende2 ni. Maybe diorang tak berniat nak menggoda, tapi itulah naluri seorang lelaki bujang, ditambah lak iblis ada je mana-mana untuk hasut mereka yang lemah iman. Tapi, seandainya mereka tahu, betapa bahagianya pandangan dunia ni sekiranya mereka tahu menjaga maruah sebaik mungkin, konfem mereka akan perbaiki hijab selalu, bagi menjadi salah sorang calon bidadari syurga nanti.
Elok je balik rumah, saya layan astro cenel 553 kot, bertajuk 'Brilliant Minds'. Episod tu citer pasal 4 tokoh fizik ternama, iaitu Einstein, Hawkins, Galilei, dan Newton.
Walaupun saya tak faham sangat BI, tapi dapatla tangkap sket apa mesej yang cuba disampaikan. Apa yang saya faham, mereka2 ni seorang anti-sosial, extremely fokus kat satu mende (macam taksub gak), kurang makan minum, diri sendiri serabut tak terjaga, hampir 5 tahun orang tuduh gila pasal diorang terperap je dalam bilik kaji punya lama, yang akhirnya diorang berjaya gak hasilkan mende yang menakjubkan.
Saya muhasabah balik diri saya. Dulu2, saya pun hampir jadik macam tu, sampai orang fikir yang saya ni genius, walhal saya bukan pandai manapun, buat maksiat pandaila. Mungkin situasi sekeliling yang mendesak untuk saya jadik macamtu, maka orang terus salah tafsir. Sampailah satu masa tu saya renung bahawa diri ni tetap mati gak nanti, maka berlakulah revolusi.
Memandangkan mak pun join sekali, saya lebih merenung mak, tak tgk tv sangat. Dah lama takda quality time camni dengan mak sendiri, pasal sebelum ni duk sibuk hal dunia yang lain. Saya pandang mak. Begitu fokus dia hayati cerita tu. Maybe dia masih mengharap, entahla..
Maafkan anakmu ini kerana tak mampu jadik macam mereka2 tu. Tapi, insyaallah, anakmu ini akan cuba menjadi semulia baginda s.a.w. Kalau tidak mampu, anakmu akan cuba menjadi sekuat para sahabat. Kalau tidak pun, anakmu ni akan cuba berusaha menjadi sealim para wali. Kalau tak mampu gak, anakmu ni akan cuba berusaha menjadi sebijak ibnu sina, khawarizmi dan tokoh2 Islam lain. Lastly, kalo lemah gak, paling cikai pun anakmu akan cuba jadik seorang Muslim hingga hujung nyawa, kerana anugerah Islam ini lebih bernilai dari mende2 lain.
Doktrin barat berjaya meresap dalam pemikiran masyarakat sekarang. Ramai dari kita merasakan bahawa hanya mereka (golongan kufar) je hebat2, genius2, sedangkan kita terlupa bahawa para sahabat, para wali, para ilmuwan Islam lagi banyak sejarah gemilang. Nabi Muhammad s.a.w. tercinta, konfem lagi sempurna dari semua tokoh sama ada tokoh barat ataupun tokoh Islam.
Panjang gak intro..
Bias Ilmu
Ada orang kata, lagi banyak ilmu ni lagi jadik gila. Ada orang kata, lagi banyak ilmu, lagi jadik sawan. Bila ramai orang jadik camtu, terus ada yang taknak carik ilmu, kononnya bimbang jadik mangsa plagariat ilmu (betul ke eja camtu?).
Betul gak, kadang2 saya sendiri pun jadik penin bila ilmu komputer banyak, ditambah dengan ilmu sains lagi, sekarang ni ilmu agama pulak baru nak stadi, jadik sasau terus kadang2. Bila main game, dapat input dalam game, lagi penin dibuatnya.
Contoh mudah, kalau kita baca buku Mikrobiologi pun cukupla, sorang prof kata bakteria tu makan plastik, prof lain lak kata bakteria tu makan sudu, prof lain lak kata bakteria tu tak makan apa2, last2 kita yang stadi pasal bakteria tu pun jadik penin, pasal terlalu banyak kontradiksi dalam pencarian ilmu.
Yang tu baru saya sentuh satu aspek, iaitu bakteria. Kalau kita sentuh mende2 laen, lagi penin dan konfius. Secara sempoinya, kalau guna laptop je pun dah penin, ada yang kata windows XP ni kuno, ada yang kata windows Vista ni suka sangkut2, ada yang kata windows Ultimate ke apa yang terbaru ni? Entahla, nak senang, lepasni kita tukar je 'doors', jangan guna windows dah, amacam?
Bila stadi pasal Islam, lagi penin pasal baru kita sensitif dengan isu murtad, isu penipuan dan penindasan yang komplex2, isu2 hak wanita, dan konflik lain tambah2 kalo masuk politik. Bila penin, last2 kita terus mudahkan mende yang dah simple.
Nak selamat, untuk mereka yang 'amatur' ni, ikut je mende yang dah state. Kalau mende tu tak dinyatakan dan perlukan ijtihad, gunakan ijtihad yang paling selamat. Mende ni sebenarnya simple je. Tapi bila terlalu ramai orang taknak mendalami betul2 mende simple ni, kita terus memudahkan mende yang hak. Bila jadik camtu, berlakulah kes di mana ramai dari kita ni hanya status agama je islam, tapi perangai mat saleh lagi bagus dari kita. Kita hanya agama Islam untuk mencukupi syarat dalam kad pengenalan, tapi perangai kita lagi buruk mengalahkan apek kat pasar borong.
Belek balik diri kita, apakah selama ni kita ni layak digelar seorang Islam yang benar2 menyembah Allah?
Subuh
Ada satu riwayat mengatakan bahawa manusia yang menjaga subuh berjemaah ni, Allah akan pelihara dia sepanjang hari. Dalam riwayat lain, sabda baginda s.a.w. menyatakan bahawa kalau ramai orang tau apakah ganjaran solat sunat sebelum subuh ni, konfem ramai akan berusaha mencari pahala solat sunat ni walaupun terpaksa merangkak.
2 riwayat ni menerangkan betapa tingginya khasiat solat subuh awal waktu dan secara berjemaah. Kalau tak percaya riwayat ni, cuba tanya ustaz. Kalau salah, maybe saya salah tafsir isi2 ceramah.
Semua tu teori, dan saya akui memang betul praktikalnya. Saya sendiri pun kalau dah start subuh gajah stret berhari-hari, konfem saya makin lesu, jadik blur, senang ikut iblis, dan berturutan sampai berminggu-minggu.
Itu baru 2 riwayat baginda s.a.w., riwayat lain ada banyak je lagi. Cuma konklusinya, banyak je mende dalam syariat ni ada benarnya kalau kita amalkan. Cuma, ramai manusia ni leceh, taknak buat mende tu, tapi fikir mende yang belum jadik. Ramai dari kita ni belum buat apa yang Islam ajar, tapi sibuk pertikaikan isu2 yang berlaku. Semua mende yang Islam ajar ni mengikut fitrah manusia, kita je yang suka lawan fitrah, lepastu terlalu bersikap extreme kat mende2 yang agak bahaya untuk diri sendiri.
So, kepada semua muslim, kalau bukan harini kita start menjaga subuh, bila lagi kita nak mulakan? Adakah esok masih ada, kalau tidur kita tu adalah tidur selamanya?
Solat
Ramai dari kita dah tau solat ni tiang agama. Sapa yang jaga solat, insyaallah dia dapat elak buat mungkar. Dalam Al-Quran pun dah story banyak isu pasal solat dan penegasan solat. Memandangkan ramai dari kita ni tak reti BA (Bahasa Arab), jadi kat sini saya bagi sikit la terjemahan bacaan dalam solat. Moga dengan terjemahan ni, kita dapat lebih hayati erti sebenar solat. Bila kita faham bacaan ni, takdala kita duk taklid buta je hari2. Lagi cantik, insyaallah solat kita makin khusyuk, dapat perbaiki diri, dan akhirnya jadik muslim yang Allah suruh.
Takbir : Allah Maha Besar
Al-Fatihah:
1- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5- Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7- Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Rukuk : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan segala puji bagiNya (3x)
Iktidal : Allah mendengar orang yang memujiNya (Oh Tuhan kami, bagiMu segala pujian)
Sujud : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya (3x)
Duduk antara 2 sujud : Ya Tuhanku, ampuni dosaku, kasihanilah aku, cukupilah segala kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, berilah aku kesihatan, dan berilah aku ampunan
Tahiyyat Akhir : Segala kehormatan, keberkatan, kebahagiaan dan kebaikan bagi Allah. Salam, rahmat dan berkatNya aku panjatkan kepadamu wahai Nabi (Muhammad s.a.w.). Salam keselamatan semoga tetap untuk kami seluruh hamba yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah; dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah utusan Allah. Ya Allah, limpahilah rahmat kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dan keluarganya, sebagaimana yang pernah Engkau beri rahmat kepada Nabi Ibrahim (a.s.) dan keluarganya. Dan limpahkanlah berkat ke atas Nabi Muhammad (s.a.w.) serta para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi berkat kepada Ibrahim (a.s.) dan keluarganya; di seluruh alam semesta Engkau yang terpuji dan Maha Mulia
Saya akui, saya pun ada banyak kelemahan. Kadang2, teguran saya ni pun kena kat batang hidung sendiri. Saya pun bukan insan yang suci dosa. Tapi, apalah ertinya saya sedar diri ni lemah di sisiNya, tapi hanya biarkan orang lain tak sedar2? Saya ni pun manusia biasa, sentiasa perlu diingati gak. Atas kapasiti saya ni seorang manusia yang daif dan lemah ni, harap segala teguran dan nasihat ni tidak mengguris memana pihak, memana parti, ataupun memana udang. Sama-samalah kita perbaiki diri. Kurangkan kritik, tingkatkan usaha. =)
Wassalam



